Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 24, 2019

[TEMERLOH] KERAJAAN PERLU LAKSANA AKTA KHAS JALUR GEMILANG







Sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan akta khas berkaitan Jalur Gemilang selepas beberapa siri kebiadaban dan penghinaan terhadap bendera negara dilaporkan.

Bagi seorang pengusaha pusat rekreasi, Juhari Che Lah, 46, menyifatkan akta khas wajar diperkenalkan supaya insiden melampau seperti pemasangan bendera secara terbalik dan penukaran warna Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini tidak lagi berulang.

Menurutnya, insiden berkaitan penghinaan Jalur Gemilang dilihat akan terus berlaku jika tiada akta khas diwujudkan kerana mereka yang tidak bertanggungjawab itu melihat ia bukan satu perkara yang salah.

"Bendera adalah satu identiti bagi sesebuah negara justeru tidak patut ia diperlakukan dan dihina oleh rakyat sendiri.

"Malaysia perlu mencontohi negara jiran seperti Thailand yang tegas dan mengenakan hukuman berat kepada rakyatnya yang tidak menghormati undang-undang dan identiti mereka," katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Shahril Mohd Shukor, 40, pula berkata, dia terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang tidak peka dan menghina Jalur Gemilang sejak akhir ini dengan beberapa insiden yang banyak dilaporkan di media dan laman sosial.

Ujarnya, dengan kewujudan satu akta khas berkaitan Jalur Gemilang dapat membendung penghinaan dan tindakan melampau yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Jadi saya berharap kerajaan segera memperkenalkan akta khas supaya insiden ini tidak terus berleluasa," tegasnya.


0 comments:

share2