KUALA LUMPUR, 22.8.2019 – Kegagalan demi kegagalan yang
dilakukan oleh menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) dalam melunaskan
janji-janji kepada rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dan kemudiannya
menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas apa yang berlaku hari ini
dipertikai.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain
membidas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius
Darell Leiking yang hanya pandai bercakap lebih pantas dari pemikirannya.
Katanya, beliau lupa bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH)
masih mempunyai kakitangan dan kepakaran yang hampir sama dengan kerajaan BN
cuma yang membezakan adalah perubahan jawatan-jawatan tertinggi yang penting
dan strategik.
“Terbukti BN benar-benar telah menjaga rakyat termasuk
penduduk di negeri Sabah dengan sebaik–baiknya sehinggalah diambil alih oleh
kerajaan PH, namun malangnya hanya dalam masa tujuh bulan, kadar pengangguran
telah meningkat kepada 5.8%, satu angka yang tertinggi di negara ini berbanding
negeri-negeri lain.
“Persoalannya bagaimana kerajaan Warisan-PH yang mempunyai
kakitangan dan asas pentadbiran yang sama dengan kerajaan BN dahulu boleh
mencatat kadar pertumbuhan yang terburuk di negara ini hanya dalam jangka masa
kurang dari 7 bulan? Amat menghairankan, bukan? Saya fikir bezanya hanya satu,
pemimpin-pemimpin sekarang kekurangan komitmen dan halatuju jelas untuk
memajukan negeri ini.
“Sepanjang pemerintahan BN taraf sosio ekonomi meningkat
dengan pelbagai rencana pembangunan sehingga mencatat kadar pertumbuhan
tertinggi di negara ini namun hari ini…,” katanya sebagaiman dalam laman
facebooknya.
Terdahulu, Darell Leiking dipetik sebagai berkata “… punca
kemerosotan KDNK negeri Sabah, maka mudah bagi saya untuk berkata bahawa ia
juga berpunca daripada pentadbiran sebelum ini.”
Abdul Aziz menegaskan perencanaan pembangunan yang dilakukan
oleh BN amat memberansangkan seperti seperti projek jajaran Lebuhraya
Pan-Borneo yang menelan kos berharga RM12.5 billion, projek gas dan minyak di
Kimanis, Sipitang, kluster Industri Minyak Kelapa Sawit Lahad Datu dan
Sandakan, Hab Pendidikan Sandakan dan banyak lagi.
“Segala asas dan fundamental yang hebat telah BN ciptakan
tapi PH hanya tahu merosakkan dan gagal pertahankan kejayaan demi kejayaan yang
dibina oleh BN selama ini.
Soal beliau, kenapa PH perlu kamu rosakkan ekonomi negeri
ini?
“Mengapa kamu binasakan kemakmuran hidup penduduk negeri
ini? Dorell, apa sebenarnya yang kamu sedang buat selain tunggu gaji hujung
bulan?
“Saya fikir pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang lebih suka
beretorik politik seperti Sabah Ubah! dan Sabah Kita Punya! Apakah sebenarnya
maksud retorik politik Sabah Kita Punya?” tegasnya lagi.
SUMBER– UMNO ONLINE
0 comments:
Post a Comment