Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata kebimbangan dan kegusaran rakyat makin memuncak dengan agama Islam dan bangsa Melayu makin terancam di zaman Pakatan Harapan (PH) sekarang.
Ujarnya, keadilan pula makin teruk ‘dirogol’ sang penguasa.
“Adakah ini hala tuju Malaysia Baharu? Mengikut bentuk acuan Dap?” soal beliau menerusi tulisan dalam laman facebooknya.
Tegasnya, tiada apa lagi boleh diharap pada PH yang terus gagal membela rakyat.
Dilaporkan pelbagai isu berbangkit sejak kebelakangan ini yang antaranya pelaksanaan tulisan jawi di sekolah, isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik, hal berkaitan penjawat awam dan tugas anggota tentera yang dihina oleh taikun pro-Dap.
0 comments:
Post a Comment