Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 9, 2019

RM720,000 BANTUAN AWAL RAMADHAN DARIPADA KERAJAAN PAHANG






Kuantan, 9.5.2019:   Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan bantuan awal Ramadhan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen bagi disalurkan kepada rakyat dikawasan setempat masing-masing.


Jumlah keseluruhan sumbangan ini sebanyak RM720,000 daripada Kerajaan Negeri dan sebahagian daripada itu dari Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA).


Bantaun ini boleh dilakukan kerana hasil pendapatan Negeri Pahang telah bertambah tahun ini berbanding tahun lalu.


Sehingga akhir Mac 2019, jumlah peningkatan hasil Kerajaan Negeri menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan, berbanding tempoh yang sama tahun lepas ( 2018 ).



Nilai yang dikutip sehingga akhir Mac 2019 atau suku pertama tahun 2019 adalah sebanyak RM 120 Juta, ia meliputi hasil-hasil tanah, hutan dan air. Berbanding tahun lepas bagi tempoh yang sama, Kerajaan Negeri berjaya kutip RM 100 Juta, ini merupakan peningkatan sebanyak RM 20 Juta hasil Kerajaan Negeri.

0 comments:

share2