Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 8, 2019

[KUANTAN] PENINGKATAN SEBANYAK RM 20 JUTA HASIL KERAJAAN NEGERI SUKU TAHUN PERTAMA 2019



Peningkatan sebanyak RM 20 Juta hasil Kerajaan Negeri sehingga Mac 2019



Kerajaan Negeri telah menetapkan bagi tahun 2019, Indeks Pencapaian Utama ( KPI ) bagi kutipan hasil tanah perlu mencapai sekurang – kurangnya 90%. Ini merupakan saranan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

Sehingga akhir Mac 2019, jumlah peningkatan hasil Kerajaan Negeri menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan, berbanding tempoh yang sama tahun lepas ( 2018 ).

Nilai yang dikutip sehingga akhir Mac 2019 atau suku pertama tahun 2019 adalah sebanyak RM 120 Juta, ia meliputi hasil-hasil tanah, hutan dan air. Berbanding tahun lepas bagi tempoh yang sama, Kerajaan Negeri berjaya kutip RM 100 Juta, ini merupakan peningkatan sebanyak RM 20 Juta hasil Kerajaan Negeri.

Dengan peningkatan yang memberangsangkan ini, Kerajaan Negeri berharap momentum peningkatan ini dapat diteruskan bagi memastikan sasaran kutipan hasil sebanyak 90 % dapat direalisasikan agar dapat menyumbang semula kepada rakyat Negeri Pahang khusus bagi yang memerlukan.


0 comments:

share2