Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 20, 2019

PILIH PARTI YANG ADA BUKTI DAN BUKAN SEKADAR JANJI





Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh diburukkan oleh sesiapa sahaja namun bukti dan jasa yang telah dilaksanakan sejak memerdekakan negara tidak boleh dilupuskan begitu sahaja.

Menurut beliau sebab itulah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih calon BN, Zakaria Hanafi membawa mesej ‘Bukti Bukan Sekadar Janji’ kerana jika sekadar berjanji mana-mana parti pun boleh melakukannya namun pelaksanaannya belum tentu sepertimana yang dimungkiri kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Pilihlah parti yang ada bukti… sebab itu modal pilihan raya calon BN, Zakaria Hanafi ‘Bukti Bukan Sekadar Janji’. Kalau janji semua orang mahu buat elok. Nak menang janji macam-macam… kita semua dah tahu apa sudah jadi kepada kita selepas PRU lalu.

“Manalah tidak pangkah PH… hutang PTPTN mahu dihapuskan dan orang muda-muda mesti nak dapat penghapusan PTPTN, orang Semenyih mestilah nak melalui jalan tanpa tol sebab untuk sampai ke Semenyih ini kita kena lalu dua hingga tiga tol… Seronoklah orang Semenyih….

“Begitu juga yang lain mestilah pilih mereka kerana apa… kerana janji… dijanjikan harga barang murah… dijanjikan harga minyak RM1.50 satu liter. Jadi kalau hanya nak lihat kepada janji semua parti pun buat janji, tapi kita kena pilih yang ada bukti,” katanya ketika ceramah pada program Taqarrub di Batu 2, Jalan Bangi, di sini, malam tadi.

Ujar beliau lagi, dalam soal memilih parti, rakyat seharusnya melihat secara mendalam dan bukannya mengikut berdasarkan ikutan semata-mata kerana parti yang ada di dalam negara hari ini cukup banyak dan pelbagai.

“Jangan ikut parti yang tujuan penubuhannya kerana mahu berlawan dan kerana mahu menjatuhkan seseorang. UMNO ditubuhkan bukannya untuk menjatuhkan sesiapa sebaliknya mahu menghalau penjajah dan mahu membentuk pemerintahan untuk membela alif… ba… ta… (agama, bangsa dan tanah air)… kerana apa… itulah perintah agama kepada kita.

“Tetapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan soal nak perjuangkan itu… kalau nak perjuangkan sepertimana agama, bangsa dan tanah air… yang zaman UMNO dah buat cantik jadi kenapa dirobohkan. Apa sahaja pasal Najib (Datuk Seri) dianggap buruk. Najib hanya manusia biasa ada betul dan ada buruknya. Apakah Dr Mahathir ‘maksum’ tidak ada buruk… jawabnya tetap ada buruk namun bergantung kepada cara manusia mahu menilai,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Beliau berkata demikian dalam kempen membantu calon BN, Zakaria sempena PRK DUN Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.


0 comments:

share2