Kuala Lipis, 16.01.2019: Ahli Parlimen
Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meminta anggota UMNO supaya menghentikan segala perbalahan sesama
sendiri dan memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron
Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua
jentera supaya tidak mengambil mudah PRK berkenaan yang kini masuk hari kelima
tempoh berkempen.
"UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedar
kita punyai banyak kekurangan sebelum Pilihan Raya Umum sebelum ini dan ini
masa kita perbaiki diri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
Majlis Ramah Mesra Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Restoran Satay
Warisan, dekat sini, hari ini.
0 comments:
Post a Comment