Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 6, 2019

RISAB ORANG ASLI DI PAHANG LEBIH LUAS DARI WILAYAH PERSEKUTUAN





Kuantan, 6.1.2019:  “Luas keseluruhannya dengan itu ialah kira-kira 24,686.06 hektar, atau jika mahu dibuat perbandingan ialah besar sedikit daripada keluasan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (seluas 24,346 hektar),” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.


Beliau berkata demikian pada ‘entry’ terbaharu  dalam laman sosial ‘Facebook’nya – Wan Rosdy bin Wan Ismail di bawah tajuk ‘Penduduk Orang Asli di Pahang terus dapat pembelaan Kerajaan Negeri BN’.


Tanah Rizab Orang Asli meliputi 7,156.53 hektar yang telah diwartakan,  Manakala 8,958.17 hektar telah mendapat kelulusan  Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk pengwartaan; dan 8,571.36 hektar dalam proses permohonan untuk mendapat kelulusan.



Rujukan: ALAMAYA, INDERA MAHKOTA 5.

0 comments:

share2