Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 9, 2019

LAWATAN KERJA MB PAHANG KE DAERAH LIPIS





Kuala Lipis, 9.1.2019 - YAB Menteri Besar Pahang dalam rangka lawatan kerja ke daerah Lipis hari ini.

Pagi tadi beliau bersama-sama pemimpin masyarakat dalam "Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Pahang' bersama pemimpin masyarakat dan penjawat awam di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Lipis.

Dalam masa sama beliau menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang dan Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2018 Yayasan Pahang Daerah Lipis.


Dalam antara lain YAB Menteri Besar memaklumkan bahawa senario politik negara yanh sudah berubah dimana kerajaan megeri dan kerajaan pusat bukan dari parti yang sama. Justeru bantuan dan kewangan kerajaan negeri juga tidak lagi seperi dulu.

Bagi memastikan kewangan kerajaan negeri mencukupi untuk perbelanjaan, kerajaan antaranya menggalakan rakyat membayar cukai tanah mereka dan tindakan akan dikenakan kepada mereka yang gagal melaksanakannya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan YB Dato' Sri Mohd Sharkar, YB DS Syed Ibrahim, YB DS Norul Azali, YB Dato' Sri Mohd Sofi, YB Dato' Fakhruddin Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB En. Rahim Muda serta Adun Padang Tengku YB Dato' Mustafa Long dan YB Dato' Ab Rahman Ahli Parlimen Lipis.

Sebelum mesyuarat Exco berlangsung YAB Menteri Besar meluangkan masa melawat Hospital Lipis bagi menziarahi arwah YH Dato' Ahmad Jaafar yang meninggal dunia semalam.

0 comments:

share2