Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 5, 2019

DASAR JUAL ASET NEGARA AMAT MERUGIKAN NEGARA DAN MASA DEPAN GENERASI KITA: NAJIB




Pekan, 5.1.2019 : Mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata aset negara tak boleh dan tak patut dijual kerana ia membawa keuntungan jangkamasa panjang kepada negara dan generasi kita.


Dato’ Sri Najib berkata negara kita mempunyai rangkaian hospital ke 2 terbesar di dunia melalui Syarikat SHH. Tetapi telah dijual oleh kerajaan Pakatan Harapan sebaik sahaja memerintah.
Mantan Perdana Menteri memberi contoh Yayasan Pahang dapat mengeluarkan bantuan RM1.2 bilion tahun ini kerana mempunyai aset yang menghasilkan keuntungan tahunan.


“Bayangkan kalau kerajaan Pahang menjual asetnya. Yayasan Pahang akan punah,” kata beliau dan pasti tidak membantu rakyat dan generasi akan datang.



Dato’ Sri Najib bercakap di Majlis Bantuan Khas Sekolah Rendah YAB Menteri Besar Pahang Dun Bebar bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak.



            

0 comments:

share2