Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 5, 2019

ANAK MAT SABU DITANGKAP POSITIF DADAH


Image result for lambang polis


(Tun Carlos) – Anak lelaki kepada Menteri Pertahanan, ditahan positif dadah di sebuah pusat “clubbing” di Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 12.30 tengah malam tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh polis Narkotik Daerah Dang Wangi.

Seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


0 comments:

share2