Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 19, 2018

[PEKAN] TERIMA ZAKAT KORPORAT RM0.9 JUTA



Terima zakat korporat RM0.9 juta



Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima penyerahan zakat perniagaan daripada empat institusi korporat berjumlah RM0.9 juta, semalam.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menerima zakat perniagaan berjumlah RM515,000 daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) diserahkan Ahli Lembaga pengarah KPF, Datuk Zainal Hassan.

Pada majlis penyerahan di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah di sini, RM193,000 diterima daripada Radicare Group of Company, Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) RM139,071 dan Agrobank, RM65,000.

Turut hadir, Timbalan yang Dipetua Muip, Dato' Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato' Halidan Md Daud dan Mufti Pahang, Dato' Sri Dr Abdul Rahman Osman.

Dalam perkembangan sama, Tengku Abdullah berkata, seramai 82,195 individu tampil menunaikan kewajipan sebagai pembayar zakat sehingga 17 Disember tahun ini dengan jumlah kutipan keseluruhan, RM104.2 juta.

Baginda bertitah, bilangan pembayar itu menunjukkan peningkatan berbanding 79,326 orang dengan jumlah kutipan lebih tinggi RM110.4 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

“Pusat Pungutan Zakat (PKZ) Pahang menyasarkan kutipan zakat RM130 juta dengan 85,000 pembayar tahun ini,” titah baginda.


0 comments:

share2