Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 29, 2018

KERAJAAN PH PERLU HENTIKAN RASA GUSAR DAN KETIDAKPUASAN HATI RAKYAT






Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta untuk menghentikan keadaan gusar dan ketidakpuasan hati masyarakat yang terbit ekoran pelbagai isu sejak akhir-akhir ini, kata Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Katanya, rasa gelisah dan ketidakpuasan hati rakyat telah dizahirkan sebagaimana dalam isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang walaupun kerajaan menyatakan tidak akan melaksanakannya namun ia masih belum dibawa ke Parlimen.

“Bagi saya, Himpunan Ummah 8 Dis ini tak lebih daripada sebuah perhimpunan aman yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang ingin melahirkan rasa terhadap Kerajaan untuk bertegas dalam hal-hal melibatkan Perlembagaan khususnya berkaitan status dan hak keistimewaan Melayu Bumiputera yang sedia terlindung dalam Perkara 153 Perlembangaan Malaysia,” katanya yang juga ADUN Kampung Gajah kepada UMNO-Online.
Jelas beliau, dengan penglibatan pelbagai pihak seperti UMNO, PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) maka diharap kerajaan PH akan mengambil inisiatif ke arah usaha yang dapat membangunkan masyarakat dan mengekalkan perpaduan antara kaum di negara ini.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah memaklumkan bahawa ICERD tidak akan dilaksanakan namun kita mahukan tindakan yang sewajarnya diambil agar perkara sedemikian tidak berulang kembali.

“Saya jangka kehadiran sokongan jutaan rakyat di seluruh negara akan memberi isyarat kepada mereka yang menimbulkan perkara ICERD ini, agar jangan menguji kekuatan diri kami dalam isu-isu berkaitan agama, bangsa dan Raja-raja Melayu,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa UMNO akan tetap turut serta dalam Himpunan Ummah pada 8 Disember ini sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kerajaan akhirnya batalkan ratifikasi ICERD dengan seluruh 191 bahagian UMNO akan turut serta bagi menjayakannya.


0 comments:

share2