Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 27, 2018

GANGGUAN BEKALAN AIR DI ROMPIN



air



Sebanyak 11,000 akaun pengguna di daerah Rompin akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula 10 pagi, pada 3 Oktober depan.

Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dalam kenyataan di sini hari ini, berkata gangguan bekalan air itu ekoran kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Keratong.

"Kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Perantau Damai (Felda Keratong 8 hingga 10), Kampung Alai, Bandar Tun Razak (Felda Keratong 1 hingga 5), Kampung Rekoh, Kota Bahagia, Kampung Lubuk Batu dan Kampung Tenggalong.

"Turut terjejas ialah Kampung Meripoh, Melati, Shahbandar, Bukit Serok, Ladang ACE, Ladang UMAC, Ladang Seraya, Ladang Kosma, Ladang Bera Selatan 3, Chanis (Felda Keratong 6,7 dan 11), Cenderawasih dan Selancar 1 hingga 3," demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Paip meminta orang ramai untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) di talian 09-5739999 untuk maklumat lanjut.

0 comments:

share2