Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 21, 2015

[KUANTAN] PENGGUNAAN ADHEREX 120 KAWAL DEBU LOMBONG BAUKSIT



19.10.2015 - Kerajaan Negeri Pahang sedang dalam pertimbangan untuk menggunakan sejenis agen kawalan debu bagi mengurangkan masalah pencemaran yang menjadi rungutan masyarakat khususnya di bandar Kuantan.

Menteri Besar Pahang Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob berkata, produk yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada, Kam Bio Technology didapati berkesan dengan mengubah partikel kecil kepada besar seterusnya membentuk biopolimer yang panjang. Struktur bio-polimer yang terbentuk menyebabkan debu tidak lagi berterbangan.


Mesyuarat Khas Exco Negeri Pahang turut dihadiri ADUN kawasan yang terlibat dengan
 perlombongan bauksit,  Wakil Rakyat Pembangkang, Pegawai Jabatan berkenaan dan media

"Kos bagi penggunaan Adherex juga adalah lebih murah berbanding penyemburan air dikawasan perlombongan bauksit dan pihak operator perlombongan akan menanggung kos penggunaan agen kawalan debu tersebut" -  ujarnya.

Dengan kekerapan penggunaan 10 hari sekali berbanding penggunaan penyemburan air setiap hari ternyata ianya menjimatkan.


Prof Monggi Ferchichi dari 'Kam Bio Technology Ltd.' Kanada

Taklimat penggunaan 'Adherex 120' disampaikan oleh Prof Monggi Ferchichi,  Ketua Pegawai Eksekutif 'Kam Technology Ltd' dihadapan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN dari kawasan yang terlibat dengan masalah akibat perlombongan bauksit di Kuantan serta Wakil Rakyat Pembangkang, Pegawai Jabatan Kerajaan berkenaan dan pihak media.

Antara kebaikan 'Adherex 120' adalah tidak merbahaya dan mudah terurai apabila menyerap kedalam tanah, tasik ataupun laut selain tiada kesan toksid yang merbahayakan haiwan aquatik. 

Prof Monggi juga menolak kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan bauksit sebagai bahan utama pembuatan alumunium mengandungi asid arsenik dan merkuri serta menyatakan tiada penemuan saintifik adanya bahan bahaya tersebut.


Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato'  Nurol Azali bersma Prof Monggi
dalam sesi taklimat .

MB Pahang berkata "terdapat dua perkara penting yang sentiasa menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri Pahang iaitu kepentingan manusia dan kepentingan ekonomi. Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak melibatkan mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan bauksit tetapi dalam masa sama mereka juga perlu kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri jika mahu meneruskan aktiviti perlombongan bauksit."

"Penggunaan 'Adherex 120' jika diluluskan nanti bukanlah penyelesaian secara holistik kepada masalah yang timbul akibat aktiviti perlombongan seperti debu yang mengakibatkan pencemaran, tetapi ianya salah satu kaedah selain langkah-langkah lain yang akan diambil dengan mengambil kira kepentingan semua pihak." ujar Menteri Besar Pahang dalam seisi taklimat tersebut.

"Sebarang keputusan akan dibuat selepas mesyuarat Exco yang akan datang samada akan menggunakan 'Adherex 120' atau sebaliknya, namun kita berharap rakyat sedar yang sesi taklimat khas ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang serius menangani isu bauksit selain mahu memastikan aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan baik tanpa menjejaskan kehidupan masyarakat khususnya di Kuantan"






0 comments:

share2