Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 7, 2018

KERAJAAN TUTUP PUSAT KEAMANAN RAJA SALMAN



Kerajaan Tutup Pusat Keamanan Raja Salman



KERAJAAN telah mengarahkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman ditutup serta-merta dan peranannya diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengumumkan perkara ini hari ini di Parlimen.

Menurut Mohamad, pejabat pusat itu di sebuah menara di Jalan Ampang juga diarah tutup serta-merta.

Mohamad berkata demikian dalam jawapan kepada soalan wakil DAP, Kasthuriraani Patto.

Pusat ini ditubuhkan hasil kerjasama rapat kerajaan Barisan Nasional dengan Arab Saudi, dan dicadangkan semasa lawatan Raja Salman ke Malaysia tahun lalu.

Penutupan segera pusat ini dijangka memberi kesan kepada hubungan Kuala Lumpur dan Riyadh, selepas tindakan menarik keluar tentera Malaysia dari operasi diketuai Arab Saudi di Yaman.

Menteri pertahanan dilihat menyasarkan Arab Saudi dalam beberapa keputusan awalnya sejak menjawat jawatan, yang dikaitkan dengan pendirian politiknya yang cenderung kepada Iran.


0 comments:

share2