Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 7, 2018

HANYA ORANG BERHATI KOTOR AKAN TUDUH SAYA ADA ASET BERNILAI RM230 JUTA






Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya orang yang berhati kotor sahaja akan membuat pertuduhan beliau mempunyai jumlah aset bernilai RM230 juta.

Jelas beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong telah pun mengesahkan bahawa perkara ini tidak benar.

“Dari dahulu saya telah menyatakan beberapa kali bahawa tidak ada sejumlah itu. Harus diingat pada tahun 1996 saya bukan seorang anggota dalam kerajaan, saya hanya Anggota Parlimen biasa dan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“… ketika itu saya terlibat dalam pengendalian empat syarikat yang tersenarai, saya juga adalah pemegang saham minoriti, saya juga CEO kepada salah sebuah syarikat tersebut dan Pengerusi Eksekutif maka tentunya aset itu dalam bentuk saham dan saham itu tidak diperolehi percuma. Ia merupakan pinjaman.

“Cuba bayangkan jika saham itu bernilai ‘X’, mesti kita harus tolak dengan minus ‘1’. Jadi berapa nilainya…

“Jawapan yang diberikan oleh Menteri semalam telah menjelaskan bahawa itu tidak benar tetapi alangkah seronoknya jika ada orang yang bersedih dan kecewa sebab tidak boleh menjawab dan kalau menjawab pun tidak boleh diterbitkan… saya harapkan bukan hanya di kalangan Ahli Parlimen tetapi netizen juga harus mengetahui itu adalah tuduhan liar yang harus ditolak dan Parlimen telah menjawab secara bertulis dan itu jawapan rasmi dari kerajaan,” jelas Zahid kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Zahid berkata demikian menjawab tuduhan kononnya beliau memiliki aset bernilai RM230 juta. Dakwaan ini didedahkan pertama kali oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ogos tahun lalu Zahid telah menawarkan diri untuk disiasat SPRM atas pertuduhan tersebut.

Semalam, Liew Vui Keong yang menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor)berkata tiada bukti untuk menyokong dakwaan Zahid memiliki aset bernilai RM230 juta dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat jika ada unsur salah laku di bawah bidang kuasanya terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.


0 comments:

share2