Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 12, 2018

AKIBAT TAKUT JEPUN, MAHATHIR 'U-TURN' TUNDA HSR PULA






ALAHAI…. Lagi pusingan U dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh sebulan sebagai perdana menteri, sekali gus menjadi bahan jenaka dalam kalangan media antarabangsa hari ini.

Mungkin ramai geleng kepala bertanyakan apa sudah jadi? Di Malaysia, beliau bukan ‘main garang’ dakwa konon projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura itu tidak membawa manfaat kepada negara.

Malahan perdana menteri dengan usia paling tua di dunia itu menuduh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat hasil pulangan daripada pelaburan besar tersebut yang kononnya didakwa bakal mencecah RM110 bilion.

Bagaimanapun depan pihak media Jepun, negara yang ‘kuat melobi’ untuk dapat tender projek prasarana mega itu lebih setahun lalu, Mahathir, 92, sudah ubah nada daripada langsung batal HSR kepada tangguh terlebih dahulu!

“Akan ada keperluan untuk HSR pada masa depan, mungkin melalui seluruh Semenanjung Malaysia. Tetapi kita (kerajaan PH) tidak mampu laksana buat masa ini. Jadi, kita sebenarnya menangguhkan pelaksanaan projek itu.”

Komen Mahathir itu adalah yang pertama selepas pendirian keras pentadbirannya sebelum ini untuk memansuhkan sepenuhnya projek itu, satu tindakan bodoh boleh menyebabkan sejumlah penalti besar RM500 juta jika dibatalkan.

Dalam wawancara Nikkei Asian Review di Tokyo, beliau mengakui walaupun HSR berguna pada masa akan datang, kos projek itu kononnya tidak sejajar dengan hasrat kerajaan PH cuba kurang hutang negara sebanyak RM1 trilion.

Ketua kerajaan Malaysia itu juga berkata persetujuan dengan Singapura sebelum ini tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana panjang trek 350 kilometer konon terlalu pendek untuk mewajarkan pelaburan projek tersebut.


“HSR paling efektif jika jaraknya agak jauh. Tetapi bagi jarak yang pendek, ia tidak beri pulangan banyak. Jadi kita (kerajaan PH) perlu memikirkan semula. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak akan mempunyai HSR di Malaysia.

“Apa yang boleh kita lakukan ialah menangguhkan projek itu kerana ia terlalu mahal buat masa ini,” dalih Mahathir yang mungkin menyedari ‘kemarahan’ kerajaan Jepun apabila beliau membuat ‘lawak’ membatalkan projek HSR itu.

Ironi, jika jarak landasan didakwa Mahathir konon sebagai agak pendek, HSR di Taiwan yang turut dibangunkan hasil teknologi Shinkansen atau kereta api ‘peluru’ Jepun hanya 345 kilometer dan kos AS$18 bilion (RM72 bilion).

Malah, projek HSR di Indonesia menghubungkan dua kota raya utama Jawa, Jakarta-Bandung cuma 140 kilometer yang dirancang sejak tahun 2015, tetap diteruskan Presiden Joko Widodo demi memajukan ekonomi negaranya itu.

Tidak ketinggalan projek HSR di Maghribi menyambungkan Casablanca-Tangier bahkan kebetulan jarak pun sama dengan Kuala Lumpur-Singapura; turut dimulakan tahun ini melibatkan kos cuma 20 bilion dirham (RM9 bilion).

Manakala HSR antara Malaysia dan Singapura pula menelan kos RM72 bilion dan bakal memberi peluang pekerjaan kepada lebih 10,000 orang apabila siap selain mesra alam serta menjana pulangan ekonomi dari segi pelancongan.

Ramai penganalisis ekonomi antarabangsa melihat pembatalan HSR oleh Mahathir secara drastik sebenarnya lebih bermotifkan politik bagi menghapuskan segala imej legasi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Pengangkutan Singapura setakat ini memaklumkan belum menerima pemberitahuan rasmi daripada Malaysia berikutan pengumuman Mahathir membatalkan projek HSR itu bulan lepas.


0 comments:

share2