Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 3, 2018

PRU14: PENYERTAAN NGO DI P.PINANG ISYARAT JELAS PENOLAKAN DAP



PRU14: Penyertaan NGO di P. Pinang isyarat jelas penolakan DAP



Pulau Pinang – Antara yang menarik perhatian sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang adalah kemunculan beberapa parti baharu yang turut bertanding.

Pulau Pinang mungkin menjadi negeri dengan paling banyak parti bertanding di Semenanjung selepas sekurang-kurangnya enam parti yang bukan dominan meletakkan calon masing-masing.

Parti itu adalah Parti Bersama Malaysia (MU); Parti Cinta Malaysia (PCM); Parti Alternatif Rakyat (PAP); Parti Hadapan Penang (PFP); Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Selain PCM dan PAP yang menyertai Gagasan Sejahtera bersama Pas, parti-parti ini secara terbuka dan jelas menyatakan pendirian mereka adalah bebas dan tidak menyokong mana-mana parti dominan sama ada Barisan Nasional (BN); Pakatan Harapan atau Pas.

Apa yang menarik perhatian adalah parti-parti tidak dominan ini bertanding dengan jumlah kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang besar.

Parti PFP; MU dan PRM misalnya, meletakkan calon masing-masing di lebih 20 kerusi Parlimen dan DUN.

Dengan kos yang tinggi bagi setiap calon itu, penyertaan berkenaan menunjukkan penglibatan parti-parti kecil tersebut dalam PRU-14 kali ini bukan `main-main’ atau boleh diambil mudah parti lawan.

Sesuatu yang pasti juga, penyertaan parti-parti politik kecil itu menunjukkan tahap sokongan penduduk tempatan di negeri ini terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebahagian besar parti politik kecil itu sebelum ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai latar belakang yang aktif dengan kerja-kerja kebajikan di negeri ini.

Terdapat daripada pemimpin mereka juga merupakan tokoh masyarakat Cina yang sangat dihormati dan disanjungi dalam pertubuhan-pertubuhan masyarakat Cina.

Umum mengetahui kemenangan besar pembangkang di negeri ini khususnya DAP pada PRU-12 dan PRU-13 adalah disebabkan sokongan kuat NGO dan kumpulan masyarakat Cina.

Maka, keputusan mereka bertanding di setiap kerusi yang turut ditandingi calon DAP di bawah logo PKR secara tidak langsung menunjukkan mereka tidak lagi bersama perjuangan DAP di negeri ini.

Perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana sejak 2008 iaitu selepas DAP berjaya merampas pentadbiran negeri Pulau Pinang, banyak pergeseran dilaporkan berlaku antara kerajaan negeri dengan NGO terbabit.

Antaranya dalam isu penjagaan alam sekitar selepas sehari demi sehari, NGO berkaitan melihat semakin banyak khazanah alam di negeri ini seperti bukit dan laut dirosakkan oleh polisi kerajaan negeri.

Malangnya, suara bantahan mereka yang bimbang dengan kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menarah bukit dan menambak laut langsung tidak didengari atau dipedulikan.

Begitu juga dengan salah faham yang didakwa wujud antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kira-kira 40 persatuan masyarakat Cina dalam isu penganjuran majlis kebudayaan dan warisan Pulau Pinang sebelum ini.

Ekoran pergeseran yang semakin ketara itu, ada NGO dan pertubuhan masyarakat Cina itu beranggapan pembangkang khususnya DAP sebelum ini hanya mempergunakan mereka untuk mendapatkan kuasa.

Lebih malang, selepas 10 tahun mentadbir negeri ini, NGO dan pertubuhan masyarakat Cina terbabit seolah-olah dianggap seperti musuh.

Maka, tidak keterlaluan untuk dinilai penyertaan NGO-NGO terbabit pada PRU-14 menghantar isyarat jelas yang mana Kerajaan DAP Pulau Pinang bukan lagi menjadi pilihan atau alternatif kepada rakyat di negeri ini.


0 comments:

share2