Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 2, 2018

PEKAN LAMA CHENOR JADI PEKAN BUDAYA



Pekan lama Chenor jadi pekan budaya



Usaha untuk menjadikan Pekan Lama Chenor sebagai Pekan Budaya berasaskan pelancongan air kini bermula.

Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, beberapa prasarananya juga dalam pembinaan termasuk Waterfront dan Lantai Budaya.

Pengerusi Kelab Pelancongan Chenor, Dato' Mohamed Arifin Awang Ismail berkata, Pekan Lama Chenor dilihat berpotensi dibangunkan susulan kejayaan Pesta Chenor yang berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung sejak dilaksanakan tahun lalu.

Menurutnya, Pesta Chenor adalah platform terbesar bagi masyarakat Dun tersebut mengetengahkan bakat, makanan tradisional dan persembahan budaya kepada pelancong luar.

"Usaha ini boleh merancakkan industri pelancongan Pahang.

“Buktinya pesta itu disenaraikan di dalam kalendar Tahun Melawat Pahang dan Tahun Melawat Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada pelan pembangunan dan naik taraf Chenor di samping banyak projek lain yang telah, sedang dan akan dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, Bukit Kertau atau Gunung Melati bakal dijadikan destinasi baharu pelancongan yang menarik dengan sejarahnya sebagai Pusat Pemetaan Semenanjung.

“Dari sudut lain, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak turut memberikan peruntukan menaik taraf Jalan Kampung Nyak ke Felda Purun bernilai RM2.3juta pada tahun 2016 dan kini Jalan Kampung Bunian Chenor pula sedang dalam pelaksanaan dengan kos RM2.3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian penutup Pesta Chenor yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Pekan Lama Chenor, di sini, kelmarin.


0 comments:

share2