Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 2, 2018

[BENTONG] LOMPAT KAWASAN BUKTI PEMBANGKANG TAK BUAT KERJA



Lompat kawasan bukti pembangkang tak buat kerja



Kegagalan menjalankan perkhidmatan dengan sempurna sebagai wakil rakyat menyebabkan calon PKR melakukan peralihan kawasan bertanding pada PRU14 yang membuktikan kepimpinan mereka tidak layak untuk semua pengundi.

Presiden MCA, Dato' Sri Liow Tiong Li berkata, antara sebab calon pembangkang melompat ke kawasan lain adalah kerana mereka tidak memberi tanggungjawab kepada rakyat yang diwakili dan hanya pandai menyebar fitnah dan memburukkan kerajaan BN.

“Pembangkang ni, dia tidak melakukan perkhidmatan dah sampai masa lima tahun dia tak boleh beri alasan lagi sebab tak boleh bersemuka dengan orang tempatan di sana kerana rakyat marah kepada mereka.

“Mereka akan melakukan fitnah demi meraih undi penduduk. Apa yang Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak kata mengenai tsunami fitnah sedang berlaku yang akan memecah-belahkan masyarakat kita.

“Saya nak merayu berhati-hati jangan termakan racun pihak pembangkang yang hanya datang ke kampung kita. Kegagalan menjalankan perkhidmatan dengan sempurna sebagai wakil rakyat menyebabkan calon pembangkang lompat kawasan pada PRU14,” katanya ditemui sidang media pada Program Juara Rakyat Dun Bilut di Pusat Komubiti Batu 1 Jalan Tras, Bentong, semalam.

Turut hadir, calon BN Dun Bilut, Poo Moon Hong dan Ketua Umno Cawangan Jalan Tras, Dato' Hazraf Ali Hassan.

Beliau mengulas tindakan calon PKR Lee Chin Chen yang bertanding di Dun Bilut meskipun sebelum ini merupakan wakil rakyat di Dun Ketari.

Dalam pada itu, calon BN Dun Ketari, Dato' Lau Hoi Keong berkata, lari dan lompat kawasan merupakan taktik pihak pembangkang apabila masyarakat sudah kenal dan tidak menerima mereka lagi.

Menurutnya, sudah tiba masanya pengundi di sini bangkit untuk menolak calon PKR yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempertahankan kerusinya dengan helah lari ke kawasan lain.

“Kita dapat lihat helah mereka apabila lari ke kawasan lain serta menabur janji baru malah meletakkan calon baru yang tidak pernah turun padang sebelum ini tetapi memberi janji baru.

“Mereka dah buat analisis kalau calon tersebut kekal di sini mereka akan menghadapi pelbagai persoalan untuk dijawab dan lebih baik lari ke tempat lain,” katanya.


0 comments:

share2