Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 2, 2018

PENDUDUK DISARAN PEKA TERHADAP PROJEK PEMBENTUNGAN KUANTAN



Penduduk disaran peka terhadap Projek Pembentungan Kuantan



Penduduk Kuantan akan meneriman manfaat, projek yang menelan belanja RM521 juta dan sudah bermula Februari lalu, di sini.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kuantan yang berteknologi tinggi di Kampung Pak Mahat, Kempadang, di sini, dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 400,000 penduduk di daerah ini.

Jelasnya, bagi penduduk negeri yang maju, tahap kemajuannya diukur daripada sistem pembentungan yang baik.

"Penduduk awam perlu mempunyai kesedaran dan ambil maklum dengan usaha kerajaan untuk memastikan bandar ini lebih bersih.

"Dengan itu, bagi penduduk kawasan perumahan yang lama dan terlibat perlu mengambil kesempatan untuk membuat penyambungan segera ke paip loji yang akan dilaksanakan nanti.

"Dengan kos serendah RM3,000 bagi sebuah rumah adalah lebih berbaloi jika dibiarkan sisa kumbahan terus berada di dalam tangki septik yang boleh mengundang bahaya bagi setiap isu rumah," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang akhbar sempena lawatan kerja Projek Pembentungan Kuantan dan program ramah mesra bersama penduduk setempat di Kampung Pak Mahat, di sini, semalam.

Turut hadir, calon BN Dun Tanjung Lumpur, Dato' Sri Tengku Zulkifli Tengku Ahmad.

Dalam pada itu, menurutnya, pembinaan loji baharu itu bagi menggantikan semua 165 loji rawatan kumbahan sedia ada di sini dan dibayai sepenuhnya kerajaan Persekutuan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dengan jangkaan siap 19 Feb 2022.

“Reka dan bina sistem rangkaian paip baharu itu melibatkan laluan sejauh 60 kilometer untuk menyambungkan semua 165 loji sedia ada.

“Rata-rata loji berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun dan tidak lagi menepati standard ditetapkan Jabatan Alam Sekitar.

"Loji rawatan kumbahan serantau ini menggunakan teknologi moden dan teknologi hijau selari dengan negara maju bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti dan mengurangkan pencemaran sungai dan pantai sekali gus memberikan penjimatan sehingga 50 peratus berbanding menyelenggara 165 loji sedia ada,” katanya.

Sementara itu, katanya lagi, terdapat sebuah lagi projek pembentungan yang turut dilaksanakan membabitkan kawasan Indera Mahkota dengan nilai kos keseluruhan kira-kira RM240 juta.

“Dengan terlaksananya semua projek ini, ianya dapat memodenkan sistem pelupusan air kumbahan domestik.

"Justeru, melalui projek ini dapat memastikan kesihatan awam dan alam sekitar terutama sumber air terpelihara," katanya.


0 comments:

share2