Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 1, 2018

JANJI BN KEPADA WARGA TEMERLOH



Janji BN kepada warga Temerloh



Pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) mini dan institut pengajian tinggi (IPT) merupakan antara tawaran yang dijanjikan BN Temerloh sekiranya menang PRU14.

Tawaran tersebut yang terkandung dalam Manifesto BN Temerloh membabitkan 16 inisiatif di bawah lima kluster iaitu ekonomi, gaya hidup, pendidikan, perubatan dan perumahan.

Pengerusi BN Temerloh, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, manifesto bertemakan ‘Moh Hebatkan Temerloh Kite’ itu adalah aku janji mengambil kira pandangan warga Temerloh untuk menjadikannya maju, makmur, perkasa serta selesa.

Menurutnya, menerusi kluster ekonomi pihaknya menjanjikan pembinaan jambatan kedua Temerloh bernilai RM180 juta yang dijangka bermula tahun depan dan turut membabitkan pembinaan Masjid Kampung Tebal serta penempatan semula Gerai MPT Bukit Angin.

“Selain itu, pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Mentakab akan kita pastikan mampu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat menerusi kesan limpahan, bukan hanya sebagai stesen semata-mata.

“Kluster ekonomi juga mencakupi pembangunan Eko Pelancongan Kebangsaan 2016 - 2025 menerusi pelaksanaan Kluster Lanchang - Temerloh - Jerantut - Taman Negara yang dapat membantu pembangunan usahawan serta penyertaan penduduk setempat dalam eko pelancongan,” katanya ketika melancarkan Manifesto BN Temerloh di Pejabat Umno Bahagian Temerloh, di sini, semalam.

Sharkar yang juga calon BN Parlimen Temerloh dan Dun Lanchang berkata, kluster ekonomi juga menggariskan aku janji untuk membangunkan Temerloh sebagai hab ikan air tawar bagi membantu usahawannya di Sungai Pahang mengembangkan perniagaan selain pembinaan loji rawatan air moden di Kampung Mempateh, Lanchang dengan kos RM100 juta.

“Kita juga berjanji untuk berusaha merealisasikan pembinaan persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) - Kampung Batu Kapur yang dapat mengurangkan kesesakan, membina sebuah mini UTC dan menjenamakan semula Pekan Sehari Temerloh,” katanya.

Menerusi kluster gaya hidup pula, katanya, antara aku janjinya adalah pembinaan kompleks sukan di Hulu Tualang, menjadikan Temerloh sebagai bandar aktiviti car boot sales, pasar karat dan food truck, menaik taraf Jalan Mok Hee Kiang sebagai Mentakab Walk dan menambah pusat dialisis menerusi Yayasan Redha.


0 comments:

share2