Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 1, 2018

NAJIB TEMPELAK PEMBANGKANG FITNAH KAIN RENTANG BN





Kuala Lumpur  – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak pihak pembangkang yang memfitnah kain rentang kempen Barisan Nasional (BN) berbahasa Telugu di Bagan Datuk, Perak.

“Bila pembangkang asyik ulang kisah ‘pengundi’ Bangladesh, kain rentang pun turut difitnah!

“Kita di Malaysia hidup pelbagai kaum, salah satunya masyarakat Telugu dan ini adalah bahasa mereka. #TsunamiPHitnah,” kata Najib menerusi catatan di laman Twitter beliau.






Najib mengulas tindakan satu akaun Facebook hari ini yang memuat naik gambar kain rentang berkenaan dan mendakwa ia dicetak dalam bahasa Bangladesh dan Vietnam serta cuba dikaitkan dengan dengan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei ini.


0 comments:

share2