Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 6, 2018

[INDERA MAHKOTA] 'CAKAP TAK SERUPA BIKIN'



'Cakap tak serupa bikin'



Tindakan Kerajaan Selangor yang bercadang mahu mengenakan bayaran Lesen Pendudukan Sementara (Tol) ke atas jeti nelayan dan caj penggunaan joran disifatkan sebagai cakap tidak serupa bikin.

Malah , Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia dilihat seperti menindas kira-kira 5,700 golongan itu yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Beliau berkata, ketika pembangkang tidak berkuasa, pelbagai janji manis ditaburkan. Namun, selepas mendapat kuasa, mereka mahu mengenakan pelbagai caj pula kepada rakyat.

Menurutnya, berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa memberi pelbagai bantuan kepada nelayan termasuk elaun sara hidup dan peralatan.

“Sebelum berkuasa mereka menjanjikan untuk menghapuskan tol dan memberikan pinjaman pendidikan percuma.

“Namun amat malang sekali apabila mereka ada kuasa, golongan nelayan pula menjadi mangsa,” katanya kepada media selepas Program Jalinan Kasih bersama nelayan Parlimen Indera Mahkota di Pasar Nelayan Balok, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Untong Keri.

Hadir sama, calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato' Dr Johan Mat Sah dan calon BN Dun Beserah, Dato' Suhaimi Sulong.

Sementara itu, Shabery berkata, sepanjang dia menjadi menteri, pihaknya tidak pernah menerima seorang surat permohonan daripada pemimpin pembangkang di Indera Mahkota untuk kebajikan nelayan.

Justeru, katanya, rakyat perlu bijak membuat pilihan pemimpin yang mereka mahu pada PRU14.

“Saya lihat kedua-dua calon BN ini mempunyai komitmen untuk membantu nelayan di sini,” katanya.


0 comments:

share2