Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 6, 2018

[KUALA KRAU] FELCRA AGIH WANG SARA HIDUP



Felcra agih wang sara hidup



Sejumlah RM2,220,111 wang pendahuluan sara hidup Felcra diagihkan kepada Felcra Berhad kawasan Kerdau, Batu Tawar, Durian Hijau, Ulu Jenut dan Berhala Gantang, semalam.

Pengurus Besar Pengurusan Peserta Felcra Berhad, Zulkhairi A Rahim berkata, wang tersebut adalah untuk memenuhi bayaran sara hidup atau bulanan yang patut diterima peserta sepanjang proses tanam semula hasil.

Menurutnya, daripada jumlah itu, RM903,290 diagihkan kepada Felcra Berhad kawasan Kerdau, selain Batu Tawar (RM270,655), Durian Hijau (RM459,660) k Berhala Gantang (RM145,250) dan Ulu Jenut (RM441,256).

“Bagi seorang peserta bayaran yang akan diterima ialah RM173 perhektar atau RM70 per ekar, sebulan. Ini bererti seorang peserta Felcra akan menerima wang sara hidup berjumlah RM8,300 selama 48 bulan.

“Bagaimanapun ia tergantung kepada keluasan tanaman peserta itu sendiri,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Peserta Felcra Kuala Krau, di Rumpun Makmur, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Wilayah Felcra Pahang, Datuk Abdul Mutalib Tais berkata, wang sara hidup tersebut membolehkan peserta menggunakannya untuk perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh tanam semula sawit dan getah.

Beliau berkata, Felcra sehingga ini sedang menyelenggarakan kira-kira 33,000 hektar kawasan bagi projek ta­nam semula sawit dan getah di seluruh negeri ini tahun ini.

“Dalam tempoh tanam semu­la ini, kita menyediakan wang sara hidup kepada peserta berke­naan melibatkan bayaran empat bulan sekali iaitu bernilai RM280 bagi tempoh empat tahun (sawit) dan enam tahun (getah).


0 comments:

share2