Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 6, 2018

RM10 JUTA PERUNTUKAN DEWAN UTAMA PAYA BESAR



Mohd Zaili Besar



Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membina Dewan Utama Paya Besar, di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan dalam usaha menyediakan infrustruktur di Parlimen Paya Besar.

Wakil Menteri Besar Pahang, Dato' Mohd Zaili Besar berkata, dewan berkenaan bakal memberi manfaat kepada lebih 55,000 penduduk di kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai dewan berkapasiti besar.

Katanya, dewan akan dibina di atas tanah kira-kita 1.21 hektar dengan keluasan 1,800 meter persegi.

"Cadangan pembinaannya merupakan cetusan ilham Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan Ismail, pemimpin yang sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan penduduk di kawasan ini.

"Projek pembinaannya akan dimulakan pertengahan bulan hadapan dan dijangka siap sepenuhnya penghujung 2019," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Paya Besar di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, di sini, semalam.

Turut hadir, calon BN Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Dalam pada itu, katanya, dewan itu dibina dengan reka bentuk moden, lengkap dan sesuai untuk semua kegunaan serta situasi.

"Apabila siap nanti dewan itu boleh dijadikan pusat pemindahan banjir bagi penduduk yang terjejas setiap

kali berdepan dengan musim tengkujuh.

"Dewan yang merupakan terbesar ini antara lain akan digunkana untuk aktiviti sukan dalaman. Ia bakal dilengkapi dengan 10 gelanggang badminton, bola tampar, bola jaring dan sepak takraw," katanya.


0 comments:

share2