Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 6, 2018

MANIFESTO PARLIMEN PAYA BESAR. 'PEKA RAKYAT'



Mohd Shahar Abdullah



Manifesto Parlimen Paya Besar berteraskan 'Peka Rakyat' memberi tumpuan kepada agenda ekonomi, kebajikan, pendidikan, agama, keselamatan, kesihatan dan kepimpinan.

Calon kerusi Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berkata, manifesto tersebut mengandungi tujuh tawaran dan 46 insentif yang mengikut kehendak rakyat.

Katanya, ia dihasilkan selepas kajian dilakukan terhadap 100 lokaliti bagi memastikan kesinambungan legasi peninggalan penyandang, Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan Ismail diteruskan.

"Ini bukti kesungguhan kami yang mewakili BN untuk menjaga kebajikan dan kepentingan semua pihak, tanpa mengambil kira perbezaan agama, bangsa atau fahaman politik mereka.

"Kandungan manifesto ini adalah tawaran kami dan kita akan teruskan agenda memperkasakan kawasan Paya Besar seperti dihasratkan Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan.

"Beliau sudah menyediakan pelbagai infrastruktur di kawasan ini dan kami akan memastikan semuanya digunakan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas pelancaran manifesto di perkarangan tapak pembinaan Dewan Utama Paya Besar, di sini, semalam.

Manifesto Khas itu dilancarkan bagi 55,135 pengundi kawasan berkenaan.


Mohd Shahar melancarkan menifesto Paya Besar di perkarangan tapak pembinaan Dewan Utama Paya Besar, semalam.


Turut hadir, calon kerusi Dun Dewan Panching yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Paya Besar, Dato' Mohd Zaili Besar.

Dalam pada itu, katanya, antara fokus utama adalah mengurangkan mobiliti generasi muda ke kawasan bandar dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Kita juga akan mempelbagaikan lagi bidang latihan teknikal kepada golongan ibu tunggal dan suri rumah yang mahu meningkatkan pendapatan mereka.

"Untuk itu, kita akan membangunkan lebih banyak pusat latihan teknikal dan memperkasakan program kemahiran keusahawanan.

"Bagi generasi muda pula, kita akan menubuhkan Pusat Komuniti dan Belia Antarabangsa di kawasan Parlimen ini dalam usaha membentuk jati diri serta melatih bakal pemimpin untuk masa depan," katanya.


0 comments:

share2