Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 11, 2018

[TEMERLOH] KLINIK KESIHATAN KERAJAAN JADI PILIHAN



Klinik kesihatan kerajaan jadi pilihan




Perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan tetap menjadi pilihan rakyat untuk mendapatkan rawatan kerana kos yang murah.

Ketua Umno Bahagian Temerloh, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, rakyat hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat di klinik kesihatan kerajaan berbanding perlu membayar RM80 sehingga RM150 di klinik swasta.

Menurutnya, tinjauan yang dilakukan di Klinik Kesihatan Tanjung Lalang dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini, menunjukkan peningkatan jumlah pelawat atau pesakit mendapatkan perkhidmatan disediakan kerajaan.

“Saya difahamkan Klinik Kesihatan Tanjung Lalang menerima seramai 350 pesakit setiap hari yang mendapatkan rawatan dan mengambil ubat.

“Kita ambil contoh RM100 sehari kos sebenar ditanggung kerajaan untuk menampung 350 jumlah pesakit setiap hari di sini, ini bermakna kerajaan menanggung subsidi sekitar RM35,000 setiap hari di klinik kesihatan ini sahaja.

“Jumlah itu belum mengambil kira rawatan untuk pesakit kronik, ujian dan rawatan khusus, gaji dan penyelenggaraan bangunan,” katanya ketika ditemui semasa program Tautan Kasih Pesakit Dialisis di Lobi Hoshas, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh Dato' Nor Azmi Mat Ludin dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hoshas Sarif Azib.


0 comments:

share2