Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 9, 2018

[ROMPIN] BERITA TIDAK BENAR SAMA BAHAYA DENGAN DADAH



Berita tidak benar sama bahaya dengan dadah




Penyebaran berita tidak benar kini mudah 'merebak' dan menjadi penyakit dalam masyarakat.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Dato' Sri Hasan Arifin, berkata, isu penyebaran berita tidak benar kini sama bahaya dengan dadah.

Justeru, menurutnya, kerajaan terpaksa memperkenalkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar bagi menanganinya.

“Masalah ini bagaikan telah menjadi penyakit dalam masyarakat sama bahaya dengan dadah.

“Ia telah merebak dalam masyarakat hingga boleh menyebabkan pergaduhan antara agama dan kaum selain boleh membahayakan negara,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Rompin Cybergames di Dewan Lama Majlis Daerah Rompin (MDR), semalam.

Program anjuran Kelab Anak Perantauan Rompin Pahang (Kelar) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin dan Kitamen itu disertai kira-kira 600 peserta yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,000.

Beliau turut menasihati golongan muda agar tidak lalai dengan berita seperti tidak benar kerana boleh mengancam kestabilan politik dan negara.

Sementara itu, Hasan turut menggesa golongan muda membuat pilihan yang betul dengan memahami masa depan negara dan meletakkan di tangan kerajaan yang bertanggungjawab.

Katanya, kerajaan yang dipilih itu juga mesti yang berani merancang masa depan dengan baik seperti yang dilakukan iaitu mewujudkan TN50.

“Tidak lain tidak bukan ia adalah BN iaitu parti yang mengisi kemerdekaan yang juga kini berjaya mengurus tadbir negara dengan baik.

“Ini kerana kita bimbang jika diberi kepada parti tak bertanggungjawab, negara boleh hancur,” katanya.


0 comments:

share2