Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 19, 2018

PRU14: CALON PARLIMEN, DUN AKAN DIUMUM PENGERUSI BN NEGERI



Image result for bn




Barisan Nasional negeri-negeri akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14, bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kuasa kepada semua pengerusi BN negeri untuk mengumumkan calon masing-masing.

“Kami (kepimpinan BN) telah menyerahkan tarikh (pengumuman calon) yang sesuai kepada beliau (pengerusi BN negeri-negeri), jadi kami serahkan kepada beliau tanpa perlu ada hint (bayangan tarikh pengumuman) daripada mana-mana pihak.

“Keputusan telah dibuat bahawa semua calon Parlimen dan DUN negeri-negeri diumumkan oleh pengerusi BN negeri-negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kePusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin sejak beberapa hari lalu yang kononnya perdana menteri akan menyerahkan watikah pencalonan kepada calon-calon BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) secara berperingkat pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ahmad Zahid menafikan dakwaan berkenaan dengan berkata: “Khabar angin ini biasalah, janganlah tulis tentang berita yang berasaskan khabar angin. Saya bercakap ini sebagai Timbalan Pengerusi BN, ini bukannya khabar angin, ini khabar betul”.

Pada 15 April lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa BN dijangka mengumumkan senarai calon PRU14 dalam tempoh tujuh atau 10 hari sebelum penamaan calon pada 28 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.


0 comments:

share2