Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 19, 2018

[KUANTAN] FSI LEBIH EFISIEN, BANTU TINGKAT TANGKAPAN HASIL LAUT



FSI lebih efisien, bantu tingkat tangkapan hasil laut




Nelayan di negeri di sarankan supaya memanfaatkan Penggunaan aplikasi Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan ikan (FSI) bagi membantu menambah tangkapan hasil laut.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Shafik Fauzan Sharif berkata, penggunaan FSI adalah satu kaedah baharu yang lebih efisien berbanding sistem sedia ada iaitu sistem pengesan global (GPS) dan sonar.

Menurutnya, setakat ini hanya 15 peratus nelayan di seluruh negara menggunakan aplikasi terbabit bagi memudahkan mengesan lokasi penangkapan ikan.

“Saya difahamkan sebanyak 10 peratus nelayan di negeri ini sudah menggunakan FSI dan kita harap penggunaan aplikasi itu dapat diperluaskan kepada semua nelayan.

“Sehingga kini kita hanya mewajibkan aplikasi FSI nelayan pukat jerut di Pantai Timur dan Pantai Barat, tetapi saya rasak aplikasi ini juga sesuai untuk digunakan oleh nelayan persisiran pantai dan pukat hanyut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Lonjakan Aplikasi FSI Zone Pantai Timur 2017 di Pusat Biosekuriti Perikanan, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Institut Sumber Marin Asia Tenggara (Ismat), Raja Bidin Raja Hassan dan Pengarah Perikanan negeri, Zahari Othman.

Shafik Fauzan menjelaskan penggunaan aplikasi terbabit berjaya mengurangkan kos operasi nelayan antara RM10,000 hingga RM20,000 setahun.

Dalam pada itu, Shafik Fauzan mahu nelayan mengambil inisiatif menimba ilmu pengetahuan mengenai industri perikanan dan penggunaan aplikasi FSI.


0 comments:

share2