Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 14, 2018

[KUANTAN] NELAYAN PERLU HARGAI USAHA KERAJAAN



Nelayan perlu kenang jasa kerajaan




Golongan nelayan disaran agar menghargai dan mengenang jasa kerajaan yang banyak membantu dengan pelbagai bentuk bantuan dalam mengubah nasib mereka.

Melalui bantuan dan pelbagai inisiatif disediakan kerajaan, kehidupan golongan nelayan hari ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, suatu ketika dahulu, nelayan sukar untuk mengubah kehidupan kerana terikat dengan orang tengah menyebabkan kehidupan mereka sentiasa terhimpit.

Menurutnya, golongan nelayan perlu berterima kasih dan hargai usaha kerajaan selama ini dengan terus memberikan sokongan kepada BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pada PRU14 ini.

“Rakyat diberi kuasa untuk memilih kerajaan melalui PRU dan kuasa mereka cukup ‘besar’ untuk menentukan kerajaan.

“Jadi rakyat kena menggunakan kuasa yang ada dengan bijak dan jangan tersilap memilih kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis ramah mesra beliau bersama warga nelayan Kuantan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemunting di sini, .

Turut hadir, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Shafik Fauzan Sharif.

Pada majlis itu, Adnan turut menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada warga nelayan Kuantan termasuk elaun sara hidup, penyerahan zakat Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan dan Sumbangan Program Pemantapan Organisasi kepada PNK.

Turut diserahkan bantuan touch point peralatan menangkap ikan LKIM Pahang dan Jabatan Perikanan, bantuan bencana alam dan kebajikan nelayan serta sumbangan barangan makanan.

Pada majlis sama, Adnan turut menyerahkan sumbangan touch point traktor kepada nelayan Kampung Sepat di sini dan turut mengumumkan sumbangan tiga lagi traktor kepada nelayan sekitar Kuantan.


0 comments:

share2