Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 24, 2018

[KUANTAN] KOKURIKULUM BERI PELUANG MURID BERINTERAKSI DALAM KHALAYAK



Kokurikulum beri peluang murid berinteraksi dalam khalayak




Penglibatan murid dalam kokurikulum antara pemangkin utama transformasi sikap dan jati diri mereka.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bungor, Yusaini Mat Yasin berkata, melalui kegiatan kokurikulum berkenaan dapat membentuk murid supaya lebih positif.

Menurutnya, murid akan lebih berani memimpin dan berdepan dengan rakan sebaya ketika mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti di dalam atau di luar sekolah.

“Mereka lebih berani bercakap serta memberi penerangan. Kekuatan ini yang ingin kita terapkan dalam kalangan pelajar, iaitu yakin dan kreatif.

“Ini bererti pihak sekolah bukan sahaja mementingkan aspek pembelajaran semata- mata tapi turut memfokuskan pembentukan diri murid sebagai persediaan menjadi seorang pemimpin,” katanya ketika acara Perhimpunan Bulanan Kokurikulum yang dikendalikan Pasukan Kadet Remaja Sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Yusaini memaklumkan penglibatan murid dalam kokurikulum juga dapat mendisiplinkan diri mereka, selain menerapkan jati diri dalam kalangan mereka.

“Pihak sekolah akui ada di antara mereka tidak mampu berada di hadapan. tapi saya percaya menerusi kaedah ini mereka boleh memupuk keyakinan diri untuk bercakap,” katanya.


0 comments:

share2