Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 23, 2018

PERGESERAN WAN AZIZAH, AZMIN TERSERLAH



KELIHATAN seolah-olah terpancar reaksi kurang mesra antara Wan




Pergeseran antara Presi­den PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kontroversi senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seolah-olah tidak boleh disembunyikan lagi selepas mereka membuat kenyataan berbeza ketika ditemui media hari ini.

Meskipun kedua-dua pe­mim­pin utama PKR itu berada di sini bagi menyertai beberapa program parti tersebut, mereka tidak berada di lokasi sama seolah-olah cuba mengelak antara satu sama lain.

Paling ketara apabila Wan Azizah meninggalkan majlis pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya di sini kira-kira pukul 2 petang ini sebaik sahaja Mohamed Azmin tiba 20 minit selepasnya dan bangun untuk berucap.

Ketika ditemui pemberita selepas dilihat meninggalkan majlis, Wan Azizah memberi alasan beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana perlu menandatangani watikah calon PKR bagi PRU-14.

Ditanya berhubung isu beliau menolak senarai yang dicalonkan Mohamed Azmin, Wan Azizah bagaimanapun tidak menjawab persoalan itu sebaliknya menjelaskan parti itu mempunyai proses dalam menyaring senarai semua calon.

“Akan ada perbincangan ter­akhir selain mengambil kira pendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin ketika diajukan persoalan sama pula mendakwa beliau tidak memiliki senarai calon pilihan untuk mewakili partinya dalam PRU-14.

Menteri Besar Selangor itu berkata, tidak timbul soal senarai calon yang beliau kemukakan untuk bertanding tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti.

“Siapa kata? Saya tidak akan beri respons kepada desas-desus seperti ini. Saya tidak serahkan sebarang senarai. Senarai calon dikemukakan oleh negeri dan negeri terima senarai itu daripada peringkat cabang.

“Saya tidak ada senarai sendiri. Senarai yang ada itulah senarai parti,” katanya.

Mohamed Azmin sebelum ini didakwa telah menyenaraipendekkan seramai lapan calon PKR untuk bertanding dalam PRU-14, namun, senarai tersebut dikatakan telah ditolak oleh Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Berikutan itu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin didakwa bertemu Wan Azizah pada pagi hari ini di Segambut untuk membincangkan secara lebih lanjut mengenai perkara tersebut.


0 comments:

share2