Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 24, 2018

[BERA] KLINIK KELAPAN DILENGKAPI KEMUDAHAN X-RAY



Klinik kelapan dilengkapi kemudahan x-ray




Klinik Kesihatan Padang Luas, di sini bakal mempunyai bilik x-ray bermula Julai ini, sekali gus menjadi klinik kesihatan kelapan dalam negeri ini yang menyediakan kemudahan tersebut kepada orang ramai.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman berkata, setakat ini di daerah ini, Klinik Kesihatan Felda Purun menyediakan kemudahan tersebut dan ia dimanfaatkan sebaik mungkin masyarakat sekitar.

“Bukan saja hospital tetapi beberapa klinik kesihatan yang terpilih berdasarkan populasi masyarakat turut disediakan kemudahan ini.

"Saya juga difahamkan, antara klinik kesihatan yang telah mempunyai bilik x-ray ini seperti di Pelangai, Maran, Beserah dan Bera,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2018 Peringkat Negeri Pahang, di sini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sha’ari Ngadiman dan Pegawai Daerah Bera, Dato' Razihan Adzharuddin.

Dianggarkan 500 orang membanjiri Laman Kerayong bagi memeriahkan aktiviti diadakan antaranya Fun Ride, Fun Walk, Kidzania Playground dan pertandingan Memasak Makanan Sihat.

Sementara itu, Dr Sha’ari berkata, tema ‘Liputan Kesihatan Sejagat : Setiap orang, di Mana Sahaja' dengan slogan ‘Kesihatan untuk Semua’ pada tahun ini menjelaskan individu atau masyarakat berhak mendapatkan perkhidmatan berkualiti tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran bagi mendapatkannya.


0 comments:

share2