Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 24, 2018

KKMM BANTU MISKIN LUAR BANDAR



SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD (kanan) memasang plak sambil diperhatikan Mohd. Zukifly Rajab (dua dari ki



Pasir Puteh - Keluarga miskin di Kampung Tualang Rendah, de­kat sini, bersyukur apabila keperluan membaiki rumahnya yang uzur dan tanpa bilik ak­hirnya dibaiki menerusi Program Negaraku: Menghubung Menyatu@Pasir Puteh (CTU) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebulan lalu.

Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Zukifly Rajab, 36, berkata, sebelum ini keseluruhan dinding rumahnya reput dan berlubang namun gagal dibaiki semula di­sebabkan kekangan kewangan.

Menurutnya, keadaan rumah yang tidak mempunyai bilik tidur turut menyukarkan pengurusan harian keluarga, lebih-lebih lagi dalam keadaan anak yang semakin membesar.

“Untuk menyediakan bilik tidur dan menggantikan se­mu­la din­ding yang reput di luar kemam­puan saya. Dengan kerja kampung, pendapatan saya hanyalah RM300 sebulan. Keperluan harian dan belanja sekolah empat anak pun sekadar mencukupi,” katanya ketika ditemui pada Program Titik Sentuhan dan ziarah Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad dekat sini, Sabtu lalu.

Sementara itu, Sharifah Zarah berkata, bantuan yang disalurkan turut melibatkan usaha membina sebuah bilik tidur dan ruang dapur yang lebih selesa.

Menurutnya, inisiatif ini dilaksanakan di bawah Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang merupakan idea KKMM untuk membantu golongan miskin di kawasan luar bandar.

“Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang terdapat banyak rumah yang masih perlu dibantu untuk dibaiki semula atau dibina baharu berbanding negeri lain.

“Kita melaksanakan projek seumpama ini di beberapa daerah di negeri ini, selain di Perak, Johor dan Sabah. Sebelum ini kita sumbangkan Astro NJOI. Kita pastikan kediaman penduduk dalam keada­an yang lebih selesa dan tidak dikategorikan sebagai daif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sharifah Zarah berkata, menerusi blue print baharu KKMM akan mempertingkatkan capaian 95 peratus jalur lebar ke seluruh kawasan termasuk luar bandar.

“Satu pelan strategi baharu akan dilaksanakan daripada pelbagai aspek pelaksanaan melibatkan pemasangan fiber, penggunaan satelit atau mana-mana pendekatan yang terbaik untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar,” katanya.



0 comments:

share2