Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 9, 2018

[KUANTAN] JANGAN SISIHKAN ANAK OKU



Jangan sisihkan anak OKU



Masyarakat diminta tidak menyisihkan anak OKU,sebaliknya mereka harus diberikan perhatian dan kasih sayang yang lebih berbanding kanak-kanak normal.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman berkata, golongan ini perlu diberikan perhatian bagi membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, anak-anak dalam kategori ini perlukan sokongan masyarakat bagi meneruskan kehidupan mereka ke arah lebih positif.

“Kita tidak berada di tempat ibu bapa kanak-kanak istimewa ini. Jadi, sebagai anggota masyarakat kita perlu membantu dan memberi sokongan kepada mereka sekadar termampu.

“Jika kita tidak sisihkan mereka pasti akan menjadi individu yang mempunyai keyakinan tinggi,” katanya pada Majlis Menyantuni Insan Istimewa di Dewan Badminton Polis, Alor Akar, semalam.

Teks ucapannya itu dibacakan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan, Saleha Kamaruddin selaku wakil merasmikan program tersebut. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Pronita Pahang, Norbaini Abu Bakar.

Norol Azali berkata, program seumpama ini dapat mendekati OKU dalam usaha memberi pendedahan kepada mereka mengenai kemudahan yang ditawarkan daripada pelbagai agensi khususnya dalam bidang pendidikan, perniagaan dan kerjaya kepada mereka.


0 comments:

share2