Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 21, 2018

DAP CUMA MAHU 'HAPUS' MCA, BUKAN BANTU RAKYAT



DAP cuma mahu ‘hapus’ MCA, bukan bantu rakyat



Johor Bahru – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengulangi ingatan agar rakyat tidak terperdaya dengan apa juga isu yang dibangkitkan oleh DAP, khususnya pada pilihan raya umum ke-14 ini, kerana misi parti itu hanya mahu ?menghapuskan’ MCA dan bukan membantu rakyat.

Beliau juga menyifatkan cara DAP berpolitik lebih bermotifkan dendam dan kepentingan peribadi.

“Jadi rakyat jangan terikut-ikut dengan rentak DAP kerana rentak mereka akan binasakan rakyat sendiri.”

“Politik kebencian yang mereka amalkan lebih tertumpu kepada kepentingan peribadi dan kepentingan parti tanpa memikirkan langsung kepentingan rakyat yang berbilang kaum dalam negara kita,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Jamuan Rakyat Bersama Pengundi-pengundi Masyarakat India di Taman Gaya, di sini.

Liow berkata ini berbeza dengan cara MCA dan Barisan Nasional (BN) yang menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Hanya melalui BN kita akan dapat jaga kepentingan semua kaum, memastikan negara kita dapat terus mempraktikkan kesederhanaan, pembangunan yang inklusif dan keharmonian dalam bersatu padu yang akhirnya dapat memajukan negara kita dengan pesat.”

“Lagipun ketika MCA menjadi sebuah parti yang kuat, kita tidak pernah bercadang untuk menghapuskan sesiapa, kita cuma fokus memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana jika sesebuah parti itu kuat, ia mampu memberikan pembangunan yang lebih kepada rakyat,” katanya.


0 comments:

share2