Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 21, 2018

BN PAYA BESAR MANTAPKAN JENTERA



BN Paya Besar mantapkan jentera



BN Bahagian Paya Besar terus memantapkan jentera parti menjelang PRU14 pada 9 Mei ini.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah, berkata, buat masa ini, dia mahu momentum jentera berada pada tahap terbaik.

Menurutnya, menyentuh soal calon pihak lawan, pihaknya optimis dengan bakal calon yang akan mewakili BN kawasan itu walaupun calon yang dikemukakan parti lawan adalah orang tempatan.

“Masing-masing ada kelebihan dan kita mengalu-alukan calon pihak lawan bertanding di Paya Besar.

“BN memang sudah buat persiapan rapi namun kita tidak boleh leka sebaliknya terus bekerja kuat demi memastikan Paya Besar kekal dengan 4-0 pada PRU14,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penerangan, Pemantapan dan Pelancaran Jentera BN Parlimen Paya Besar.

Turut hadir, Ketua Penerangan Umno Paya Besar, Dato' Mohd Zaili Besar dan Ketua Pemuda Umno Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Md Sohaimi berkata, pihaknya tidak tergugat dengan barisan calon-calon Pas yang diumumkan bertanding di Paya Besar berdasarkan khidmat dan kerja buat yang dilakukan oleh BN serta mendapat kepercayaan rakyat sejak dahulu lagi.

“Kita sudah memberi perkhidmatan sejak lama dahulu lagi malah Ketua Bahagian, Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan Ismail banyak menyelesaikan masalah penduduk setempat dan membawa pembangunan di Paya Besar.

“Ini menunjukkan BN mempunyai kelebihan tersendiri malah jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia tetap akan memberi kelebihan kepada parti keramat ini untuk berjaya,” katanya.

Kelmarin, Pas Pahang mengumumkan Setiausaha Pas Paya Besar, Mohamad Azhar Mohd Noor sebagai calon kerusi Parlimen Paya Besar manakala Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya untuk Dun Panching.

Selain itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Mohamad Hazmi Dibok pula akan bertanding di kawasan Dun Sungai Lembing dan AJK Pas Kawasan Paya Besar Mohd Nor Hisyam Muhamad di Dun Lepar.


0 comments:

share2