Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 21, 2018

MYAPPRENTICESHIP SEDIA SEJUTA PELUANG PEKERJAAN



MyApprenticeship sedia sejuta peluang pekerjaaan




Kuala Lumpur – Program MyApprenticeship akan menyediakan satu juta peluang pekerjaan tambahan kepada rakyat Malaysia selain menyediakan peluang perantisan di sektor awam dan swasta sehingga 2019 serta menyasarkan golongan wanita dan belia di negara ini.

Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa melancarkan program perantisan itu di sini semalam.

Beliau memberitahu, program itu diputuskan dalam mesyuarat Lautan Strategi Biru Kebangsaan (NBOS) pada 22 Feb lepas dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan bertindak sebagai peneraju program berkenaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut komited untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan baharu khususnya yang berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi AkuJanji Ketiga dalam Manifesto Kerajaan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ini adalah strategi kerajaan secara menyeluruh yang bersandarkan kepada pencapaian kita sejak 2010. Kita telah berjaya menyediakan 2.26 juta peluang pekerjaan,” katanya ketika berucap pada program MyApprenticeship di sini.

Dalam pada itu, Najib membidas dakwaan pembangkang dengan menyatakan tidak perlu menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebaliknya rakyat perlu mengelakkan negara ini daripada jatuh ke tangan pakatan pembangkang.





Beliau berkata, prestasi ekonomi Malaysia mengatasi unjuran Bank Dunia yang meletakkan kadar pertumbuhan ekonomi hanya 5.8 peratus sedangkan ekonomi negara berkembang dan kini mencapai 5.9 peratus.

“Ini semua menafikan dan menolak apa yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang kononnya Malaysia ini adalah negara bangkrap, fail state mahu pun perlu diselamatkan.

“Rekod pencapaian kita seperti ini bukan perlu diselamatkan tetapi kita perlu menyelamatkan Malaysia daripada jatuh ke tangan mereka yang tergolong dalam kumpulan tersebut,” katanya lagi.


0 comments:

share2