Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 15, 2018

AKHIRNYA NASRUDIN ANGKAT KAKI




Akhirnya desas desus Nasrudin Tantawi angkat kaki dari P 088 Parlimen Temerloh bertukar angin ke Parlimen Indera Mahkota menjadi kenyataan apabila ianya diumumkan oleh Abdul Hadi Awang pada Majlis Amanat Pilihanraya PAS teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih semalam.PAS kini semakin kurang yakin dengan prestasi mereka di Pahang berikutan perpecahan dalaman yang melanda pakatan pembangkang yang menyaksikan PAS akan bertanding bersendirian pasa PRU yang ke 14 kali ini.




Pada PRU ke 13 yang lalu Nasrudin Tantawi menang dengan majoriti tipis 1.9% memperolehi majoriti 1,070 iaitu sebanyak 28,267 mengalahkan calon UMNO 27,197. Kemenangan tipis ini diperolehi ketika PAS masih lagi berada dalam Pakatan Harapan. Undi bukan Melayu sebanyak 24% dan India 9% menjadi penyelamat kepada Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Ini dibuktikan dengan kemenangan calon DAP di N 30 DUN Mentakab dengan Cina mewakili 40% undi dan IndiA 6% undi manakala Melayu 52% undi . Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dari DAP memperolehi majoriti 1,554 mengalahkan calon BN. Begitu juga bagi DUN Kuala Semantan dalam Parlimen Temerloh di menangi oleh Syed Hamid Syed Mohamed dengan majoriti 2,685 undi.

Malang buat Nasruddin bila Syed Hamid Syed Mohamed , orang lama di Kuala Semantan telah menyertai Amanah, pastinya pengaruh beliau menghantui Nasrudin yang jarang kelihatan menemui pengundi di Temerloh dan prestasi beliau sebagai ahli Parlimen Temerloh turut mendapat kritikan ahli ahli PAS yang sukar bertemu beliau.

Nasrudin juga tidak mampu berhadapan dengan calon BN yang diwar warkan akan menentang beliau iaitu Sharkar Shamsuddin yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang ,ADUN Lanchang . Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pengaruh Mohd Sharkar adalah jauh lebih besar berbanding Saifuddin yang kurang digemari oleh ahli UMNO di Parlimen Temerloh.

Ramai pengundi di Temerloh kesal dengan Nasrrudin yang jarang mempedulikan nasib mereka terutama ketika ditimpa bencana seperti bencana ribut ,kebakaran dan banjir besar yang melanda. Apatah lagi kepimpinan Mohd Sharkar Shamsuddin selaku Ketua UMNO Bahagian Temerloh dengan keprihatinan MB Pahang Adnan Yaakob yang sering turun padang memeningkan kepala Nasarudin.

Sebelum karier politik beliau tamat, cepat cepat angkat kaki ke Indera Mahkota dan Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR juga dikatakan akan bertanding di situ. PAS dikhabarkan akan bertanding di 40 kerusi DUN di Pahang dan 14 kerusi Parlimen di Pahang. PAS Teraju Pahang" adalah menifestasi nafsu besar PAS Pahang yang semakin nyawa nyawa ikan apatah lagi bila bersendirian "dan berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru yang tentunya tidak akan meneybelahi mereka.


P/S : Lebai Porn Oh Lebai Porn

0 comments:

share2