Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 8, 2018

AGENDA IBU DAN WANITA MENJADI INISIATIF PERTAMA MANIFESTO BN


Agenda ibu dan wanita menjadi inisiatif pertama Manifesto BN



Kuala Lumpur – Pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan wanita sentiasa menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional dan diletakkan sebagai inisiatif pertama dalam Manifesto Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang akan dipengerusikan perdana menteri sendiri untuk menentukan halatuju dan pembangunan agenda ekonomi wanita diberi perhatian khusus.

Selain itu, sebuah Koperasi Wanita yang menawarkan kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan untuk mengupayakan kedudukan kewangan wanita Malaysia juga akan ditubuhkan.

Bagi menggalakkan wanita menjana pendapatan kedua pula, syarat pinjaman mikrokredit untuk usahawan wanita yang menjalankan perniagaan separuh masa akan dipermudahkan.

Manakala sebuah pusat transformasi usahawan wanita di setiap negeri dengan menggunakan model holistik PASARNITA yang menawarkan ruang niaga dan melebarkan jaringan perniagaan serta khidmat nasihat keusahawanan selain mempamerkan produk dan jenama.

Barisan Nasional juga berjanji untuk mengadaptasi waktu kerja anjal kepada ibu-ibu yang mempunyai anak berumur dua tahun ke bawah selain memberi insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi

Ibu-ibu tunggal terutama dalam kelompok B40 akan diberi latihan tertentu di bawah Kursus Asuhan PERMATA bagi menambah pendapatan selain penambahan latihan vokasional/TVET dengan mewujudkan jaringan kerjasama bersama universiti, politeknik dan Institut Kemahiran Mara.

Potensi mereka juga akan digilap melalui peningkatan kemahiran, latihan semula dan peluang pekerjaan khas.

Tambahnya, jumlah tawaran Rumah Transit Belia 1Malaysia terutamanya untuk wanita muda yang baru memulakan kerjaya selain menyediakan kaunter perkhidmatan khas khusus untuk wanita dan penerima bantuan kebajikan di semua Pusat Transforasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).


0 comments:

share2