Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 20, 2018

[KUANTAN] SURI RUMAH MENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH



Suri rumah menang hadiah utama cabutan bertuah




Seorang suri rumah mahu menghadiahkan sebuah kereta Perodua Axia dimenanginya kepada anak sulungnya yang memperoleh 7A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan baru-baru ini.

Noor Shafiza Mohd Salleh, 40, berkata, dia bercadang untuk membeli sesuatu istimewa buat anaknya, Wan Mohd Firdaus Wan Hashim, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung, untuk meraikan kecemerlangannya itu.

Menurutnya, namun dia tidak menyangka akan menerima hadiah utama dalam Karnival Anak Muda Indera Mahkota 2018.

“Saya tak sangka.. dapat kereta ini.. jadi boleh la hadiahkan untuk dia (Wan Mohd Firdaus) masa isi borang ini saya ada niat kalau dapat kereta saya nak beri pada dia.

“Alhamdulillah ALLAH makbulkan permintaan saya... Hadiah ini akan memudahkan dia sambung belajar nanti... itu saja niat saya...,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya Karnival Anak Muda Indera Mahkota 2018 di Pantai Batu Hitam.

Karnival tersebut dirasmikan, Ketua Umno Indera Mahkota , Dato' Mustaffa Kamal Abdul Hamid.

Ibu kepada dua anak itu memaklumkan, mungkin hadiah yang diberikan terlalu mahal, namun ia seharusnya dikongsi bersama anaknya demi memastikan Wan Mohd Firdaus terus cemerlang dalam akademiknya.

Jelasnya, anaknya sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dia beroleh keputusan cemerlang, jadi tidak salah sekiranya hadiah terbabit diberikan kepadanya.


0 comments:

share2