Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 6, 2018

DARI SKANDAL TANAH HINGGA ISU STADIUM... AZMIN SEKADAR CIPTA ALASAN DAN PENAFIAN KOSONG


Image result for azmin ali



Kuala Lumpur – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin berpandangan negeri terbabit penuh dengan masalah tersendiri yang tidak putus-putus dan dilihat tidak mampu diselesaikan secara baik oleh kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut beliau daripada isu tanah di Ijok, jalan berlubang yang menjadi bualan ramai dan masalah gangguan air yang berterusan di kawasan tertentu sehinggalah kepada masalah penggunaan stadium oleh pasukan bola sepak negeri sebenarnya menampakkan kegagalan Datuk Seri Azmin Ali dalam menerajui kerjaan negeri.

“Itu belum lagi diungkap dan disingkap pelbagai kontroversi serta skandal yang melibatkan kerajaan negeri yang sebelum ini turut diperkatakan oleh pelbagai pihak khususnya apa yang dibangkitkan oleh bekas menteri besar Selangor sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai penstrukturan air sebagai contoh.

“Yang dibanggakan oleh Azmin dan pimpinan parti yang menerajui kerajaan Selangor adalah pelbagai slogan-slogan yang penuh retorik dalam usaha mendepani asakan rakyat menjelangnya pilihan raya umum nanti.

“Dari isu skandal tanah hingga masalah stadium apa yang Azmin lakukan hanya mencipta alasan dan penafian kosong. Kesannya rakyat yang menanggung bebanan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Nazri seterusnya menegaskan sepatutnya soal-soal yang melibatkan kepentingan rakyat perlu diutamakan dan masalah gangguan bekalan air di kawasan tertentu kenapakah sehingga ke hari ini masih belum mencapai jalan penyelesaian terbaik?

Katanya rakyat cukup letih dengan pelbagai masalah sama yang melanda dan Azmin selaku ketua kerajaan negeri perlu lebih serius dalam mencari titik noktah terhadap apa yang berlaku.

“Tidak lama lagi mereka akan datang sekali lagi dengan janji bulan dan bintang. Segala permasalahan yang tidak selesai akan disalahkan kepada pihak lain. Inilah hakikat sebenar walaupun mereka mereka telah menjadi kerajaan hampir dua penggal,” ujarnya.

Katanya lagi setakat ini apa yang boleh diperkatakan tentang perkara yang timbul adalah sekadar alasan demi alasan selain menjadikan pihak lain sebagai sandaran untuk menutup perkara berkenaan daripada terus diperkatakan.

“Pada saya cukup-cukuplah apa yang berlaku dan pilihan raya umum akan datang memberi peluang kepada rakyat dalam membuat pertimbangan sewajarnya. Inilah peluang terbaik untuk sama-sama melakukan perubahan,” katanya.


0 comments:

share2