Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 15, 2018

[ROMPIN] SUSPEK DIKEHENDAKI BANTU SIASATAN KES TIPU UMRAH DITAHAN


Suspek dikehendaki bantu siasatan kes tipu umrah ditahan



Seorang lelaki yang dikehendaki pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM44,000 sejak akhir Disember 2016 hingga Oktober tahun lalu berjaya ditahan di lapangan terbang negara, pagi semalam.

Suspek utama kes berkenaan yang dikenali sebagai Tuan Mohd Yusri Tuan Long, 38, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sebelum dihantar ke IPD Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Akhbar Sinar Harian 1 Februari lalu melaporkan seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin atas 11 pertuduhan melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM44,000 sejak akhir Disember 2016 hingga Oktober tahun lalu.

Zaiton Man, 48 atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, didakwa telah memperdaya mangsa dari sekitar Felda Keratong, Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Razak, Rompin.

Mangsa yang kecewa kerana gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal Disember tahun lepas kemudian membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah.

Difahamkan Kak Ton adalah wakil sebuah syarikat yang berpangkalan di Kamunting, Perak dan syarikat itu pula bekerjasama dengan beberapa agensi umrah lain untuk menghantar individu yang berkenaan mengerjakan umrah.


0 comments:

share2