Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 15, 2018

[KUANTAN] PROSES PILIHAN RAYA ADALAH TELUS


Proses pilihan raya adalah telus



Proses pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negara ini adalah telus.

Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM), Siti Aminah Salleh, 28, berkata, ketelusan itu dapat dibuktikan menerusi sesi simulasi ‘pilihan raya’ yang diadakan melibatkan peserta yang terdiri daripada wartawan dan jurugambar.

Menurutnya, penerangan yang mantap dan bersesuaian memandangkan PRU14 akan berlangsung tidak lama lagi.

“Selama ini pelbagai momokan dan persepsi mengenai SPR diperdebatkan terutama di media sosial.

“Melalui taklimat seperti ini kita mendapat pengetahuan baharu dan cerita sebenar mengenai proses pilihan raya yang sememangnya telus,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya

taklimat pilihan raya oleh SPR di Dewan Serbaguna RTM, Jalan Kemunting di sini, semalam.

Seramai 100 pengamal media dari pelbagai agensi di negeri ini hadir.

Taklimat selama empat jam itu bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan tugas media sepanjang proses pilihan raya yang bakal berlangsung.

Taklimat itu disampaikan oleh Pendaftar Akademi Pilihan Raya, Nik Aminudin Shahar Shah dan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi, Abdul Fatah Mohd. Pilus.


0 comments:

share2