Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 11, 2018

[KUANTAN] PASAR TANI JADI PILIHAN


Pasar tani jadi pilihan pengguna



Pasar Tani yang diadakan secara mingguan tetap menjadi pilihan pengguna mendapatkan pelbagai keperluan harian dengan harga lebih murah.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Dato' Sri Shafik Fauzan Sharif berkata, ia seiring dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup.

Menurutnya, melalui pelbagai program di pasar tani seperti Jimat Belanja Dapur mampu meringankan beban pengguna.

"Konsep Pasar Tani itu sendiri yang menjual secara terus kepada pengguna sedikit sebanyak mempengaruhi harga barang keperluan seperti sayur kampung dan ikan air tawar.

"Saya yakin pengguna menikmati harga yang terbaik apabila berbelanja di pasar tani,"katanya kepada media pada Program Walkbout dan Pelancaran Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan, pagi tadi.

Hadir sama , Pemangku Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang, Rosli Aw Da dan Pengerusi Pasar Tani UTC Kuantan, Ismail Mamat.


Shafik Fauzan menyerahkan replika permit tahunan peniaga pasar tani kepada Rosli.


Shafik Fauzan berkata, berdasarkan prestasi jualan pasar tani di negeri ini , hasil jualan dicatatkan RM51.6 juta pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Shafik Fauzan mencadangkan persatuan peniaga pasar tani meluaskan perniagaan dengan membeli aset sebagai sumber pendapatan baru kepada persatuan.

" Persatuan perlu memikirkan cara untuk menambah keuntungan kepada ahli dengan menjana pendapatan yang lebih," katanya.

Sementara itu, Rosli berkata , pasar tani UTC Kuantan mencatat hasil jualan sebanyak RM16.9 juta pada tahun lalu dengan jumlah peniaga seramai 360.

Pada majlis itu, Shafik Fauzan turut menyampaikan permit tahunan kepada peniaga pasar tani UTC Kuantan.


0 comments:

share2