Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 11, 2018

[PEKAN] ORANG RAMAI SERBU JUALAN SENTUHAN RAKYAT


Orang ramai serbu Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pekan



Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan menerusi program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pekan di perkarangan Pasar Raya Eng Hong, di sini, hari ini.

Program anjuran Wanita Umno Bahagian Pekan yang julung kali dianjurkan itu bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

Jualan yang menawarkan 17 barangan keperluan seperti ayam,ikan,minyak masak,gula,bawang dan gula dijual pada harga berpatutan.

Program dirasmikan Exco Hal Ehwal Felda Negeri, Dato' Sri Abu Bakar Harun.

Hadir sama Ketua Wanita Bahagian, Dato' Zalmah Abdul Rahman dan Pengurus Gedung Eng Hong Pekan,Yap Kum Swee.

Abu Bakar ketika ditemui memuji usaha tersebut yang disifatkan membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Beliau turut mengharapkan kerjasama pihak swasta untuk menganjurkan program sebegitu selain usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan.


0 comments:

share2