Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 10, 2018

SABAH 'KEMARAU' JIKA DR. MAHATHIR JADI PM


JOSEPH PAIRIN KITINGAN menyempurnakan upacara Pecah Tanah Projek


Tawau - Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, rakyat Sabah akan berdepan musim ‘kemarau’ berpanjangan jika Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, Dr. Mahathir pernah memegang tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun dan sepanjang tempoh itu rakyat Sabah “tahu bagaimana rasanya” berada di bawah peme­rintahan Perdana Menteri keempat itu.

“Dr. Mahathir sudah pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan dalam ucapannya pada konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini, dia juga me­ngakui banyak kelemahan, banyak kesalahan dan meminta ampun kepada rakyat seluruh negara.

“Jadi kalau dia sudah menyatakan sedemikian, adakah logik lagi untuk kita menerima orang ini (Dr Mahathir) untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi? Jelas tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek skim bekalan air Tawau Fasa Tiga yang melibatkan pembinaan empangan air pelbagai guna pertama di Sabah di sini semalam.

Pairin berkata, strategi itu juga merupakan langkah awal me­nunjukkan Pakatan Harapan tidak konsisten dengan laungan untuk memberi peluang kepada golongan muda memegang jawatan penting.

“Semua menyatakan bahawa orang muda mesti main pe­ranan tertentu sebagai persediaan peralihan (kepimpinan) tetapi dalam hal ini, mereka (Pakatan Harapan) mengundur balik,” katanya.

Pakatan Harapan turut me­ngumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen berkenaan iaitu PPBM (52), PKR (51) DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.


0 comments:

share2